30 August 2011

Raya 2011

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh


Akhirnya , setelah 30 kali lunch ditahankan akhirnya dapat juga berlunch esok hari kan . Lepas Peneropong Bulan Ramadhan mengisytiharkan bahawa esok raya melompat lompat mereka dengan girang hatinya . Hee . Selamat Berhari Raya kepada semua yang menyambut hari tersebut serta yang tersayang yang berada disinun :)

p/s : Selamat Berhari Raya kepada AMA"BE" . Berhati hati ketika memandu di jalan raya ingat lah orang yang tersayang sedang menanti :)

20 August 2011

Kelajuan Internet

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh


 Kepada semua pengunjung ke blog ini , sebenarnya nak berkongsi langkah langkah meningkatkan kelajuan internet anda . Hee . Ayat macam buat rumusan BM kertas II pulak . Haha . Okay . Cuba ikut macam arahan bawah nie 

1 - Klik start kemudian accessories dan cari program run .
2 - Korang taipkan gpedit.msc dan enter .
3 - Akan keluar satu tetingkap ' Group Policy '
4 - Klik pada Local Computer Policy kemudian computer configuration
5 - Administrative Templates
6 - Network
7 - QoS Packet Scheduler
8 - Kat sebelahnya cari Limit reservable bandwidth
9 - Klik kanan , Properties/edit , Enabled
10 - Setkan pada ' Bandwidth limit (%) ' tu kepada maksimum value iaitu 100
11 - Cuba lihat perbezaannya .

p/s : Semua ini akan berlaku juga dengan izin Allah . Hee . Tapi kalau internet korang da perlahan sangat jangan ingat buat langkah nie kelajuan dia boleh menyamai kelajuan UNIFI tuh la yea . Selamat Mencuba :)

13 August 2011

Lailatul Qadar

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh



Pesan junjungan besar nabi Muhammad (selawat dan salam keatas baginda) adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan .

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar

Jika awal ramadhan jatuh pada hari :

I) Ahad atau rabu - malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

II) Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan

III) Selasa atau jumaat - malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan

IV) Khamis - malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan

V) Sabtu - malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhanWalau bagaimanapun , janganlah ibadat pada malam ini sahaja , carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga !

Tanda malam qadar ialah :

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas

2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat

3) Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba .

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi - 1000 bulan atau 83 tahun umur kita 


p/s : Ini antara tanda serta caranya والله أعلم . Semoga diperoleh kalian semua :)