21 December 2011

Mus'ab Umair :)

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh


Akhirnya , kawan aku nie berangkat kea Guntur Jakarta . All the best my friends :) Kami di Malaysia sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kau disana tau . Baju Malaysia tuh jangan lupa tau . HAHA :) Kau jangan lupa jaga diri pulak doe . Next time roti canai 8 keping kita lagi . Happiest memories with you my friend .


p/s : sorry doe ta dapat follow ' misi ' menghantar kau .

14 December 2011

Akhirnya :)

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh



Tarikh tuh menunjukkan berakhirnya Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) harisazan . Akhirnya , sekian lama menunggu tarikh penamat yang dinanti itu berlalu jua dengan berjayanya . Haha . maka jutaan terima kasih diucapkan keatas semua guru serta sahabat dan juga sesiapa sahaja yang memberi tunjuk ajar secara langsung atau tak langsung atas persiapan SPM itu .


p/s : banyak masa untuk diluangkan bersama awak NAAK saya :)

26 October 2011

Adidas Fingersave Allround

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh


Okay . Post nie sebenarnya bertujuan untuk share dengan semua pasal glove yang direka oleh GK Chelsea tuh ( Peter Cech ) . Glove nie ditambah dengan beberapa ciri keselamatan . Kebanyakkan keeper terpeletok jari time tangkap bol tuh kan so ada tambahan pada tiga jari tengah tuh untuk menyelamatkan jari jari tuh dari terpeletok lagi . Hee . Sampai disitu maklumat kali ini .

p/s : HMA cinta NAAK tau :) 

25 September 2011

Ekonomi Asas

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


Sebenarnya duit nie cg EA yang bagi time raya tuh dia cakap buat kenang kenangan untuk kelas maknanya jangan pakai kena simpan lah . Dengan no kod duit tuh setiap ahli kelas akan dapat duit RM 1 dengan mengikut urutan kira tally lah hanya budak EA jea yg dapat tau PERDAGANGAN tak tau . Cg tuh pon last year dia , kira kitorang batch terakhir dia ajar lah . Sedih sedih ;( Tapi apakan daya masa takkan berhenti . 

p/s : jangan hampa dok kekah duit tuh :)

Bini Biniku gangster

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh


HAHA . Lama jugak da ta post almaklumlah sebok dalam persiapan SPM yg makin tiba nie kan bak kata org barat tuh " it just around the corner " tuh kan . Hee . Tapi dalam sesebok tuh menyempat jugak tengok cherita nie . Best jugak la . Tengkok pon lenguh jugak . Dia pon sama jugak na tengok sangat punya hal :) ' Rezeki Tuhan ' HAHAHA . Apa dah Shaheizy Sam . Sampai disitu cheritanya .

p/s : Semoga sentiasa bersama di syawal seterusnya :)

30 August 2011

Raya 2011

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh


Akhirnya , setelah 30 kali lunch ditahankan akhirnya dapat juga berlunch esok hari kan . Lepas Peneropong Bulan Ramadhan mengisytiharkan bahawa esok raya melompat lompat mereka dengan girang hatinya . Hee . Selamat Berhari Raya kepada semua yang menyambut hari tersebut serta yang tersayang yang berada disinun :)

p/s : Selamat Berhari Raya kepada AMA"BE" . Berhati hati ketika memandu di jalan raya ingat lah orang yang tersayang sedang menanti :)

20 August 2011

Kelajuan Internet

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh


 Kepada semua pengunjung ke blog ini , sebenarnya nak berkongsi langkah langkah meningkatkan kelajuan internet anda . Hee . Ayat macam buat rumusan BM kertas II pulak . Haha . Okay . Cuba ikut macam arahan bawah nie 

1 - Klik start kemudian accessories dan cari program run .
2 - Korang taipkan gpedit.msc dan enter .
3 - Akan keluar satu tetingkap ' Group Policy '
4 - Klik pada Local Computer Policy kemudian computer configuration
5 - Administrative Templates
6 - Network
7 - QoS Packet Scheduler
8 - Kat sebelahnya cari Limit reservable bandwidth
9 - Klik kanan , Properties/edit , Enabled
10 - Setkan pada ' Bandwidth limit (%) ' tu kepada maksimum value iaitu 100
11 - Cuba lihat perbezaannya .

p/s : Semua ini akan berlaku juga dengan izin Allah . Hee . Tapi kalau internet korang da perlahan sangat jangan ingat buat langkah nie kelajuan dia boleh menyamai kelajuan UNIFI tuh la yea . Selamat Mencuba :)

13 August 2011

Lailatul Qadar

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh



Pesan junjungan besar nabi Muhammad (selawat dan salam keatas baginda) adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan .

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar

Jika awal ramadhan jatuh pada hari :

I) Ahad atau rabu - malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

II) Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan

III) Selasa atau jumaat - malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan

IV) Khamis - malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan

V) Sabtu - malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhanWalau bagaimanapun , janganlah ibadat pada malam ini sahaja , carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga !

Tanda malam qadar ialah :

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas

2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat

3) Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba .

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi - 1000 bulan atau 83 tahun umur kita 


p/s : Ini antara tanda serta caranya والله أعلم . Semoga diperoleh kalian semua :)

30 July 2011

New SIM card !

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh
 

HAHA . Rampas laa .. SIM baru ade jea . Act , last week baru kena rampas so kehilangan SIM Celcom kan . Mula mula ingat na follow mereka balik naik KTM seperti pelajar lain tp tak jadi . So sabtu dapat jugak renew . Ingat kat area KL jea ade Celcom Centre . Ta perasan pulak ada yang hampir . So pegi yang hampir la kan . Ta bayar rupanya . Jimat jimat Celcom . Tapi activation dia monday laa . Tape tape . Tunggu jea laa .

p/s : thanks a lot too akak celcom yg tolong me'renew'kan SIM baru tuh . Hee :)
 

29 July 2011

Ramadhan

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh
 
Hee . Da lama seyh ta update , almaklumlah sebulan jugak ta balik kan . So hari nie baru dapat bertemu dgn dunia luar kan . Agak girang laa kan . Sebulan di sekolah tuh ada minggu ujian , minggu mengkantoikan *mesti mereka paham . Hee . Then minggu ta bole main futsal kan . Mara kan . Adud duh . Ta kena langsung dengan tajuk post . Haha . Act , na cherita puasa da dekat isnin nie jea pon . So ahad malam isnin tuh da start tawarikh kan . Hee . Bagi yang lupa tuh diingat-ingatkan laa . Yang last year punya tetinggal suda diganti belom ? Hee . Okay la . Sampai disini coretan saya semoga berjumpa di coretan seterusnya . hee . Ceh , penutup karangan ta rasmi kan . Semoga Puasa penuh dan penuh !
 
p/s : Semoga berjaya kepada semua candidates SPM 2011 . Trial makin hampir .. Adud duh .
 

12 June 2011

Percutian ke Utara

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh

nie mula mula kat R&R Tapah

Bukit Merah

Lepak apartments

Pulau Orang Utan


Mcm tuh la Pulau dia

org tuh kata nama dia Mike

Pintu masuk dia

Then , ke Alor Setar

Royale Hotel ( free Wifi :) )

Rumah Tunku Abdul Rahman

Pekan Rabu

Sawah la

Lalu , kea Bayview Penang

Padang Kota Lama

Saje saje :)

Komtar

Nasi Kandar Line Clear

nampak kan :)

Penang Hill


Top of penang Hill

Pintu lama

Rapid Penang ?

Tana lalu jambatan

p/s : Cuti cuti . Cuti kea Utara' . Seronok seronok :)

01 June 2011

Nokia C3-00

* White Gold

Midyear Assignments


Assalamualaikum dan salam semua :)
Sory sory lama suda tidak berupdate . Sampai password pon da berubah . Aik , Haha ? Bukan berubah dea lupa suda . Maklumlah sebok sungguh dengan aktiviti 10% untuk semester pertama . Hee . Cuti midyear suda erm sabtu , ahad , isnin , selasa . Haa , suda 4 hari berlalu . Akhrinya berkat kegigihan dan kesabaran siap juga tugasan itu kan . Perh , amat memenatkan seyh . Demi 20% marks paper Perakaunan SPM kena berkorban la sikit . Hee . Bak kata pepatah bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian . Kalau ta senang juga memang na kena founder pepatah tuh . Haha . Okay . So cuti 2 minggu nie ramai yea cikgu cikgu suda menapaukan kerja cuti yang amat sedikit . Sedikit laa sangat . Haha . Walaupun banyak tapi ada sekolah yg homework dia mcm na pastikan semua students dia jadi penulis akhbar . Ada sekolah tuh homework satu subjek jea tapi aduh duh sampai 13 essay . Kenyang essay laa they all . Walaupun tugasan perakaunan suda settle tapi bagaimana pulak dengan Additional Mathematics Project Work 2/2011 tuh . Alahai .. Bukan tana buad na la tapi ... Hehe .  

p/s : Okay . Sesiapa ingin bertanyakan mengenai akaun apa lagi tanya laa . Hee :)


02 May 2011

Labour Day

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua followers dan pekerja .
Ceh , da lama jugak ta update blog nie kan . Sebok sungguh dgn aktiviti 10% tuh . Hee . Tape tape kita kejar dua dua 90% kita kejar 10% pon kita kejar . Haha . Selama cuti 3 hari nie agak pelbagai jugak aktiviti kan . Bagaimana dengan anda ? Suda anda membayar zakat . Haha . Iklan mana pulak nie . Hee . Semalam pegi laa Homestay Haji Dorani di Kuala Selangor tuh kan . Banyak seyh sawah padi die . Seronok seronok . Time na balik tuh kitorang singgah laa i-city tuh kan saje jea . Saje punya saje habis hujan . Naseb baek ta lebat . Pastu time lepak lepak kat bawak khemah besar tuh terjumpa gold man pulak kan . Pandai dia cari makan time sume da tade aktiviti . Hee :)

*Haha . I-city :)

*Inilah gold man tuh . sebok sungguh :)

17 April 2011

Stadium Tun Abdul Razak

Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam semua pemain hoki dan pemain lain

Hee . Okay . Bagi tahun nie peserta hoki bawah 18 tahun zon sentul agak kurang ramai dan perlawanan bermula pada 14-15 April 2011 . Hee . Hanya ada 11 kumpulan dan dibahagikan kepada 3 kumpulan . Sejaya telah sekumpulan bersama SMK Raja Ali , Sentul Utama dan Maxwellian . Hee . Kira yang nie kitorang naib johan laa . Pastu semi final kami kumpulan bersama DIY dan juga Batu Muda tapi yang nie kami jadi juara kumpulan so isnin nie final lawan maxwellian balik laa kan . Menang kalah tetap ke negeri jugak . Tapi Sejaya dan Maxwellian da macam geng kot . Naseb laa isnin nie . 

*nie bukan Sejaya tau

p/s : Doakan kejayaan kami isnin nie . Hee :)

SMK Sinar Bintang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Ceh , agak lama jugak ta update kan . Sebok sungguh bulan nie . Dikir barat , Hoki . Ceh , untuk pengetahuan anda Dikir Barat kami telah mendapat tempat ketiga . Kira okay laa . Bak kata Tok Joro kita tahun nie kita target kasi ada no suda . Maka Allah pon bagi laa no 3 sikit . Hee . Mula mula subuh tuh kan memang relaks laa kan . Tido tido sume . Ale ale terlajak sampai 7.30 a.m. habis . Ingat da lambat sangat ingat ingat balik no giliran no 13 kan . So kembali tenang semula laa . Sampai jea SMK Sinar Bintang tuh lepak jap pastu hujan bukan main melebat die . Basah jugak laa . Memang ta ' umm ' laa bunyi musicians die . Tapi berkat dan kesabaran semua peserta akhirnya majlis berakhir dengan jayanya . Hee . Time na balik tuh kan uncle Sejaya tuh kan lambat pulak . Habis hampir sume peserta Sejaya tuh balik jalan kaki . Naseb baek sekolah dekat jugak laa kan . Haa . Sampai jea sekolah memang ta pikir ape daa laa . Sume ' speed ' na balik jea . Hee . Ah seng cakap korang dapat no aku belanja luar so no 3 pon no jugak dea . Ah seng tunaikan janji mu :) Then Nasyid dapat no 2 dan ePPDA dapat johan . Hebad hebad . 

*tapi nie bukan yang SMKSJKL punya tau . Hee

p/s : Hee . Akhirnya dapat jugak no . Semoga 2012 dapat ditingkatkan . 

01 April 2011

Kawat Kaki

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Hari nie actually bukan hari persekolahan bak kata cikgu Amalina tuh . Kalau ikut memang na lepak dorm tapi Cikgu Mat ajak memeriahkan majlis . Ceh , pastu ada training bola baling . Satu perbualan berlaku di tepi padang tuh :

Fath : Bun kau ada copy kerja khusus akaun tahun lepas ta ?
Bun : Maybe ade kot tapi kat dorm . Apahal ?
Fath : Folio aku cg amalina cakap ter'hilang' so aku kena buat baru doe . Dia suruh aku pakai kau punya   Bun : Ouu , okay okay . Tapi thumbdrive aku kat dorm . Kena naik dorm laa ..
Fath : Settle baek laa , lesen kebenaran da bagi pon . Hee
Bun : Jom jom :)

Perjalanan ke Pondok pengawal macam lalu tempe street . Hee                    

Uncle Guard : Yea dik ape abang boleh bantu .
Fath : Saya ada hal kat dorm so uncle kena tolong saya bukak gate blok B tuh .
Uncle Guard : Ada kebenaran ta nie ?

Dengan belagaknya ada laa . Cikgu Amalina tanda tuh . Jangan main main . Hee
Masa kat gate blok B tuh abang tuh mcm mengadu laa dia ada stomach pain a.k.a 'cir bir' kena ragging kawat mana tah . HAHA . Paham paham lea .
Sampai jea kat dorm cari punya cari . Thumbdrive tuh ada kat dalam beg . Alahai .. Berpeluh dea . 

Fath : Aduh , bun semak laa mcm nie . Jom jom .
Bun : Gelak saje . 

Sampai jea kat bilik PK HEM kitorang start laa buat printing tuh . Ceh sambil menyelam minum jugak air tuh . So kitorang pakai laptop cg buat printing tuh + bantai online . BHAHA:)



p/s : The moral of the story jangan laa cg cg ter'hilang'kan kerja khusus kami . Jauh betol lari topik dengan cherita nie . Hee :) Untuk pengetahuan anda nie first time update dengan menggunakan Lappy Cg Amalina tau .    

13 March 2011

Light Graffity

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Lama suda ta bercherita , hee . Okay berdasarkan tajuk post nie light graffiti iaitu hot topic untuk photographer kini yang mula minat dengan light art nie . Ceh media massa juga telah mendokumentasikan pasal light graffiti nie kan . Alaa kat majalah 3 kan ade hari tuh . So sume nie adalah kepakaran bermain dengan shutter . Untuk membuat graffiti memerlukan masa yang agak lama . So untuk memudahkan gunakan shutter "BULB" . dia ada kat last sekali lepas masa shutter yang paling lama tuh . Masa Shutter untuk "BULB" nie berdasarkan berapa lama korang tekan button tuh kan . So bila da tekan tuh boleh laa start tulis ape yang korang na tulis sampai siap baru lepaskan button tuh . Then tunggu jap dia na 'masak' gambar tadi bak kata bro yang shoot time dalam majalah 3 tuh so siap hasilnye . Bak kata orang hasil titik peluh sendiri lebih memberi kepuasan dari copy paste kan . hee :)

*yang nie home  made
*yang nie bukan home made


p/s : sume nie memerlukan bentuk lampu yang menarik serta latihan yang agak banyak laa :)

27 February 2011

Cross Country

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


HAHA . Dapat jugak update kan setelah 3 minggu tinggal di 'rumah penginapan' tuh . Ini antara story nye . Ceh bajet jea macam supported by Adidas . Hee . Pada sabtu yang lepas iaitu bersamaan 19 Februari 2011 , SMKSJ suda menjalankan program merentas area situ kan . Tapi tahun nie bun dengan baye jadi photographer so kami ta berpeluh sgt pada hari la . Hee . Mula mula plan na ikut sume peserta yang berlari tapi Cg Farid kata "kamu stay kat sekolah jea" , kitorang pon ikut jea laa kan . Ingat senang jea , rupanya snap kat sekolah lagi banyak dan panas . Pastu time warm up pelbagai gaya yang diperolehi ada tertonggeng ada macam mcam lagi . HAHA . Lepas habis jea sume peserta dilepaskan , bun dengan baye pegi la makan dekat DM asrama tuh . Baru jea habis da ada peserta da sampai memang speed laa tahun nie . Selalunya 11 lebih baru habis tapi tahun nie dalam 10.30 suda ter'habis' . Akhirnya majlis tuh pon habis dalam 12 lebih dgn keadaan yang begitu panas .

*dari kanan Afiq (1st) , Sufi (3rd) , Azim (3rd)


P/S : Punya lama stay kat 'rumah penginapan' tuh . 2 hari jea dia kasi cuti . Ish ish ish . Okay laa . Bubye :)

06 February 2011

tillykke med fødselsdagen


Nie mengada ngada pakai google translate tuh kan . Maksud tajuk post nie adalah Selamat Hari Jadi . BHAHA . Okay . Terima kasih kepada semua yang wish . Ceh terharu pulak . Ish ish ish . Kira nie first time laa post birthday sendiri kat blog nie kan . Hee . Okay . Pejam CELIK Pejam CELIK suda 17 tahun Haris Murshidi Azan nie . Semakin remaja semakin menjadi jadi permintaan nye . Apakan daya . trend wish sekarang pon berubah dan pelbagai . Ada selamat hari tuh , samad hari tuh dan pelbagai lagi lah . Kesian Uncle Samad tuh . Hee . Okay so post nie memang special untuk wish yang bun dapat kan .

Terima Kasih kepada Mark Zuckerberg kerana laman sosial anda pelbagai wish yang diterima . Hee . Serta kepada nokia dan celcom yang menjayakan penghantaran sistem pesanan ringkas sebagai wish kepada bufday boy tuh . 
















P/S:Thanks a lot to all yang wish dengan pelbagai cara kan . So enjoy your holiday yaww .
*padahal da na balik hostel da :) Hee